Bagaimana rasanya jika seseorang jatuh cinta??? Apakah sebenarnya dimaksudkan dengan C.I.N.T.A.... Bagaimana pula dengan nafsu???
sekadarpesanandarihati
Friday, July 22, 2011
Cinta VS Nafsu
Bagaimana rasanya jika seseorang jatuh cinta??? Apakah sebenarnya dimaksudkan dengan C.I.N.T.A.... Bagaimana pula dengan nafsu???
Wednesday, May 11, 2011
Jika Aku Jatuh Cinta
Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku mencintaiMu.
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hatinya,
Seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu.
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu.
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi,
Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan jauh menyeru manusia kepadaMu.
Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku,
Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.
Amin…
Biarkan Aku Menangis...
Biarkanlah aku menangis... terasa banyak sungguh beban diri ini, tidak terpikul sudah rasanya... "Dunia ini cuma sementara" inilah ayat yang dilemparkan oleh semua manusia... pada aku walaupun cuma sementara tapi aku rasa macam dah hidup bertahun lamanya... Selama aku hidup bertahun-tahun lamanya, aku tidak faham apa itu erti hidup sampailah sekarang ni...
Friday, April 29, 2011
Harapan Pada Ayah & Ibu...
Didiklah kami semua
Ajarlah kami asuhlah kami
Mengenal Tuhan yang Esa
Tuntunlah kami hidup akhirat
Yang lebih utama
Sedarkanlah kami akan tipu daya dunia
Didiklah kami asuhlah kami
Dengan penuh kasih sayang
Segala apa kesalahan kami
Dibetulkan dengan bijaksana
Perkataan maki hamun
Jangan digunakan
Kerana ia menyalahi
Sunnah Rasul mulia
Tunjukkanlah kami dengan akhlak mulia
Agar mudah kami menyontohinya
Jangan macam ketam yang berjalan bengkok
Ia mengajar anaknya berjalan lurus
Wahai ibuku wahai ayahku
Kasihanilah kami
Didiklah kami mengikut syara’
Sunnah Nabi
Janganlah kami dididik secara yahudi
Kami akan rugi di dunia
Dan di akhirat
Kenalkanlah kami hidup dunia yang menipu
Asuhilah kami cinta akhirat yang abadi
Akhirat utama dari dunia yang fana
Dunia menipu merosakkan manusia
Itulah harapan kami
Kepada ayah dan ibu
Ayah ibu janganlah
Kau berkecil hati
Kami memohon ribuan
Ampun dan maaf padamu
Disertakan doa kesejahteraan
Kepadamu ayah dan ibu
Islamkah Aku...???
Sabda Rasulullah SAW: "Setiap anak dilahirkan keadaan dalam suci bersih, maka kedua ibu bapalah yang akan menyebabkan anak ini menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.""Allahuakhbar, Allahuakhbar" itulah perkataan pertama yang terngiang-ngiang di telinga anak-anak kecil sewaktu dilahirkan... secara tidak langsung bayi yang tidak berdosa itu lahir sebagai orang Islam... Islamnya sejak kecil lagi walaupun Dia tidak mengenal agama Islam itu secara terperinci... kemudiaan anak kecil itu diajar mengucap, mengaji serta solat... anak kecil itu mengikut sahaja tanpa ada bantahan sedikitpun... setelah besar lalu disekolahkan maka anak kecil itu belajar agama Islam itu sendiri di dalam kelas agama... Dia mula mengenal Islam lebih lanjut melalui pembelajarannya di sekolah...
Wednesday, April 27, 2011
Nafsu yang Degil
Nafsu yang degil
Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke 13 Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan akal, maka Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah s.w.t., kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."
Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah s.w.t. menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakahAku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah s.w.t. menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah s.w.t. menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah s.w.t. mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.
Tuesday, April 26, 2011
30 LARANGAN KEPADA WANITA...!!!
TIGA PULUH LARANGAN
| 1. Menyambung rambut palsu 2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi 3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi 4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain 5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama 6. Membuka rahsia hubungan suami isteri 7. Berpuasa sunat tanpa izin suami 8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami 9. Derhaka kepada suami 10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas 11. Mengingkari kebaikan suami 12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram 13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya 14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram 15. Menyerupai lelaki 16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami 17. Memandang aurat wanita lain 18. Keluar rumah tanpa ada keperluan 19. Masuk permandian awam 20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah 21. Meratapi kematian 22. Berhias atas meninggalnya seseorang 23. Menghantar jenazah 24. Mempercayai dukun dan peramal 25. Menyumpah anak-anak sendiri 26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim 27. Menganiaya pembantu 28. Mengganggu jiran 29. Minta cerai kerana suami sakit 30. Minta cerai kerana suami menikah lagi |