Friday, April 29, 2011

Harapan Pada Ayah & Ibu...

Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah kami semua
Ajarlah kami asuhlah kami
Mengenal Tuhan yang Esa
Tuntunlah kami hidup akhirat
Yang lebih utama
Sedarkanlah kami akan tipu daya dunia

Didiklah kami asuhlah kami
Dengan penuh kasih sayang
Segala apa kesalahan kami
Dibetulkan dengan bijaksana
Perkataan maki hamun
Jangan digunakan
Kerana ia menyalahi
Sunnah Rasul mulia

Tunjukkanlah kami dengan akhlak mulia
Agar mudah kami menyontohinya
Jangan macam ketam yang berjalan bengkok
Ia mengajar anaknya berjalan lurus

Wahai ibuku wahai ayahku
Kasihanilah kami
Didiklah kami mengikut syara’
Sunnah Nabi
Janganlah kami dididik secara yahudi
Kami akan rugi di dunia
Dan di akhirat

Kenalkanlah kami hidup dunia yang menipu
Asuhilah kami cinta akhirat yang abadi
Akhirat utama dari dunia yang fana
Dunia menipu merosakkan manusia

Itulah harapan kami
Kepada ayah dan ibu
Ayah ibu janganlah
Kau berkecil hati

Kami memohon ribuan
Ampun dan maaf padamu
Disertakan doa kesejahteraan
Kepadamu ayah dan ibu

Islamkah Aku...???

Sabda Rasulullah SAW: "Setiap anak dilahirkan keadaan dalam suci bersih, maka kedua ibu bapalah yang akan menyebabkan anak ini menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi."

"Allahuakhbar, Allahuakhbar" itulah perkataan pertama yang terngiang-ngiang di telinga anak-anak kecil sewaktu dilahirkan... secara tidak langsung bayi yang tidak berdosa itu lahir sebagai orang Islam... Islamnya sejak kecil lagi walaupun Dia tidak mengenal agama Islam itu secara terperinci... kemudiaan anak kecil itu diajar mengucap, mengaji serta solat... anak kecil itu mengikut sahaja tanpa ada bantahan sedikitpun... setelah besar lalu disekolahkan maka anak kecil itu belajar agama Islam itu sendiri di dalam kelas agama... Dia mula mengenal Islam lebih lanjut melalui pembelajarannya di sekolah...


Namun semakin ia besar melangkah ke alam remaja, Dia semakin memahami erti hidup itu sebenar... Dia tahu dia merupakan orang Islam... namun semakin membesar semakin banyak kesalahan yang telah dilakukannya... Dia cuba memahami kehidupan melalui penglihatannya... banyak yang telah dilihatnya ada yang baik namun banyak juga yang buruk... namun Dia juga tidak lari dari membuat kesalahan seperti kebanyakan manusia lain.. Dia mula sedar akan kesalahan dirinya, muhasabah diri datang melanda jiwanya...

Dia sedar bahawa dia orang Islam... namun adakah kelakuannya seperti orang Islam... selama ini Dia mempelajari Islam melalui buku teks dan ajaran guru di sekolah... lalu bertanyalah Dia di dalam hatinya "cukupkah apa yang dipelajari...???" fahamkah Dia akan Islam yang sebenar... melalui pengamatannya ramai orang mengatakan dirinya Islam namun kelakuannya bertentangan dengan Islam... Dia cuma faham bahawa Islam itu agama yang suci, syumul dan mulia... Dia bertanya kepada diri " Sekiranya orang bertanya mengapa engkau memeluk Islam??" lalu jawapan yang terlintas di fikirannya ialah kerana ibubapa Islam maka Dia pun Islam... maka sedarlah Dia selama ini dia tidak benar-benar memahami dan mencintai Islam itu sendiri...

Maka bermulalah pencariannya mengenai Islam... Dia sedar agama Islam selama ini padanya hanya sekadar nama... adakah ibadahnnya selama ikhlas kerana Allah...??? atau Islam itu menjadi adat yang perlu dipatuhinya... adakah ikhlas solatnnya selama ini...??? atau sebab takutkan ayah dan ibu akan menghukum jika tidak solat... Dia berasa marah kenapa tiada siapa yang memberi tunjuk ajar mengenai Islam selama ini... salah ibukah??? ayahkah??? gurukah??? atau salah diri sendiri selama ini buta terhadap Islam itu sendiri...

Adakah sudah terlambat untuk Dia memahami Islam itu semula... ikhlaskah selama ini dia mengaji sedangkan Dia langsung tidak memahami maksud ayat-ayat tersebut... Dia melihat kawan-kawannya... mereka juga seperti sesat... adakah kawan-kawanku itu benar-benar Islam... lalu Dia bertanya kepada sahabatnya "Mengapakah kau di sekolah menutup aurat sedangkan di luar kau menayangkan auratmu???" berkata sahabatnya " Ala, mak suruh pakai tudung pergi sekolah laa, lagipun buat aperr aku pakai kalau hati aku tidak ikhlas lagipun minah-minah tudung pun aderr je buat jahat mengumpatlah"... lalu Dia teringat Dia pernah terbaca dalam buku teks agama, bahawa perempuan tidak menutup aurat akan digantungkan rambutnya dan otaknya menggelegak... lalu bertanyanya di dalam hati "Mengapa kawanku mengatakan dirinya Islam sedangkan dia membiarkan auratnya terdedah...??? fahamkah kawanku itu sebenarnya Islam, mengapa perlu dia membandingkan diri dengan orang lain tentang Islam...???"

Lalu Dia membeli sebuah naskah Al-quran yang mempunyai terjemahan, bukannya Dia tidak mempunyai Al-quran namun kerana Dia ingin memahaminya... lalu dibacanya terjemahan Al-quran itu lalu menitis air matanya kerana sedar akan makna-maknanya... meskipun Dia tidak memahami Islam itu sendiri... kini Dia sedar Dia perlu mencari makna Islam itu sendiri sebagai orang Islam... takkan Dia mahu meneruskan hidup tanpa memahami atau ikhlas terhadap setiap tindakan yang dilakukannya... Dia seperti hipokrit sekiranya memiliki Islam hanya pada sekadar nama... Dia pernah tertekan akan dunia sehingga mahu meninggalkan segalanya di dunia ini... lalu apabila dia menyebut kalimah "ALLAH" hatinya tersentuh lalu menangislah Dia sendirian... Dia sedar Allah memberinya kehidupan dan hanya Allah berhak mengambilnya.. hanya satu doa yang sering dititipkannya kepada Allah " Wahai tuhanku berikanlah diriku kehidupan ini sekiranya ianya miliku namun matikanlah diri ini sekiranya kematian itu lebih baik buat diriku"... Dia cuma ingin hidup berlandaskan agama Islam yang luhur... Dia berharap Nabi Muhamad SAW masih hidup untuk membimbingnya mengenai Islam... sesungguhnnya Dia masih mencari Islam itu sendiri... namun apakah erti Islam itu sendiri pada anda...??? adakah anda benar-benar memahaminya...??? benarkah anda seorang Islam...??? ISLAMKAH ANDA...???

Wednesday, April 27, 2011

Nafsu yang Degil


Nafsu yang degil

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke 13 Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan akal, maka Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah s.w.t., kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah s.w.t. menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakahAku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."


Setelah itu Allah s.w.t. menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah s.w.t. menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah s.w.t. mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Tuesday, April 26, 2011

30 LARANGAN KEPADA WANITA...!!!

TIGA PULUH LARANGAN

1. Menyambung rambut palsu

2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi

3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi

4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain

5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama

6. Membuka rahsia hubungan suami isteri

7. Berpuasa sunat tanpa izin suami

8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami

9. Derhaka kepada suami

10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas

11. Mengingkari kebaikan suami

12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram

13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya

14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram

15. Menyerupai lelaki

16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami

17. Memandang aurat wanita lain

18. Keluar rumah tanpa ada keperluan

19. Masuk permandian awam

20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah

21. Meratapi kematian

22. Berhias atas meninggalnya seseorang

23. Menghantar jenazah

24. Mempercayai dukun dan peramal

25. Menyumpah anak-anak sendiri

26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim

27. Menganiaya pembantu

28. Mengganggu jiran

29. Minta cerai kerana suami sakit

30. Minta cerai kerana suami menikah lagi

Monday, April 25, 2011

Andai waktunya sudah tiba...


Kini manusia mudah mengakhiri kehidupan mereka dengan "BUNUH DIRI"... Bunuh diri bukanlah satu perkara yang baru sekarang ini. Tidak ingatkah mereka semua akan hukum membunuh diri. Sesungguhnya barangsiapa membunuh diri:

Barangsiapa bunuh diri dengan besi, maka di neraka jahanam nanti besi itu selalu di tangannya, ia menusuk-nusukkannya ke perutnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan minum racun, maka di neraka jahanam nanti ia akan terus meminumnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka di neraka jahanam nanti, ia akan menjatuhkan (dirinya) selama-lamanya.” (HR. Muslim, 109)

Tidak kiralah betapa berat pun derita yang kita tanggung namun kita tak berhak untuk mengakhiri hidup kita ini. Hidup ini ibarat satu ujian daripada Allah SWT kepada semua manusia. Kita perlu ingat bahawa Allah SWT tidak mendatangkan kita dengan sesuatu ujian yang kita tidak mampu tanggung. Mengapa kita perlu untuk membunuh diri??? Adakah ianya penyelesaian masalah kita??? Tidakkah dengan membunuh diri beerti kita telah lari dari masalah maka ianya akan jelas terbukti kita bukan seseorang yang bertanggungjawab. Ingatlah orang tersayang sebelum kita melakukan tindakan yang drastik sebegini. Kita perlu berusaha dan serahkan urusan hidup & mati kepada Allah SWT. Andai waktunya sudah tiba maka kembalilah kita kepada yang esa.

Aku, dia dan jodoh...


وَمِن كُلِّ شَيْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْ

Dan dari tiap-tiap sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan.. ( Az-Zaariyaat : 49)

سُبْحَانَ الَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنبِتُ الْأَرْضُ وَمِنْ أَنفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ
Maha Suci Zat yang telah menciptakan berpasang-pasangan semuanya dari apa yang ditumbuhkan bumi dan dari diri-diri mereka sendiri dan dari apa yang tidak mereka ketahui. (Yaasiin : 36 )

Sesungguhnya setiap sesuatu itu Allah ciptakan secara berpasangan seperti haiwan terdapat jantan dan betina begitulah juga manusia lelaki berpasangan dengan wanita. Semuanya bergantung pada jodoh sama ada cepat adapun lambat. Jadi sebagai manusia yang taat kepada perintah agama kita harus sabar menanti pasangan hidup kita itu hadir untuk membahagiakan jiwa raga kita. Namun harus kita ingat, insan yang baik diciptakan untuk insan yang baik juga. Kini manusia mudah terpedaya akan cinta monyet yang hadir cuma seketika. Sewaktu bercinta semuanya bahagia sehinggakan sanggup menyerahkan segalanya termasuklah harga diri. Jika harga diri sudah diserahkan namun cintamu sekerat jalan beertikah segala pengorbanan, tidak malukah kepada Allah SWT yang senantiasa memerhatikan kita. Maka dengan itu kita hendaklah sentiasa bersabar dan berdoa agar menemui pasangan sebenar kita. Jika sudah dijodohkan maka kamu dan dia akan bahagia selamanya...

Saturday, April 23, 2011

peliharalah rambutmu wahai wanita...


Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj

Sayidina Ali k.w. berkata: “Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”

Baginda s.a.w. menjawab: “Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”

Ali bertanya: “Apakah yang ayahanda lihat di sana?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak.

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: “Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?”

Rasulullah s.a.w. menjawab: “Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya.

Oleh itu, wahai wanita-wanita semua peliharalah auratmu itu, sesungguhnya semua wanita itu tampak lebih indah dan berseri dengan tudung yang dipakai. Ketepikanlah alasanmu bahawa tudung itu merimaskan, panasla.. sesungguhnya azab neraka itu lebih menyakitkan. Apalah guna jika wanita semua menunjuk-nunjuk rambut mereka di dunia ini jika di akhirat kelak bakal mendapat azab seksa yang teruk daripada ALLAH SWT...