Friday, July 22, 2011

Cinta VS Nafsu


Bagaimana rasanya jika seseorang jatuh cinta??? Apakah sebenarnya dimaksudkan dengan C.I.N.T.A.... Bagaimana pula dengan nafsu???

Sekiranya cinta kita berdasarkan paras rupa adakah ianya cinta sejati ataupun atas dasar nafsu... Bagaimana pula sekiranya kita jatuh cinta di mana sahaja asalkan berubah tempat hati kita juga berubah... Definisi C.I.N.T.A ini sebenarnya bergantung kepada individu itu sendiri, kita yang biarkan cinta itu hadir.. Namun kadangkala cinta itu di luar batasan sehingga sanggup serahkan segalanya termasuklah harga diri.. Betulkah ini cinta?? Kalau cinta kenapa perlu serahkan segalanya, tidak bolehkan tunggu sehingga menjadi halal antara satu sama lain..

Nafsu + Syaitan = Dosa... jika diturutkan nafsu meranalah diri kita akhirnya

Nafsu + Iman = Pahala.. jika dikawalnya maka selamatlah jua akhirnya

Ceritera cinta ini semuanya bermula dari perasaan hinggalah menusuk ke hati.. Mengapa hati ini mudah percaya pada cinta... Salah hatikah atau memang itu suratannya.... Persoalan cinta dan hati memang sukar dipisahkan.. Cintalah kamu kepada seseorang asalkan cintamu itu tidak melebihi cintamu kepada Rasulullah & Allah SWT..