Sabda Rasulullah SAW: "Setiap anak dilahirkan keadaan dalam suci bersih, maka kedua ibu bapalah yang akan menyebabkan anak ini menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.""Allahuakhbar, Allahuakhbar" itulah perkataan pertama yang terngiang-ngiang di telinga anak-anak kecil sewaktu dilahirkan... secara tidak langsung bayi yang tidak berdosa itu lahir sebagai orang Islam... Islamnya sejak kecil lagi walaupun Dia tidak mengenal agama Islam itu secara terperinci... kemudiaan anak kecil itu diajar mengucap, mengaji serta solat... anak kecil itu mengikut sahaja tanpa ada bantahan sedikitpun... setelah besar lalu disekolahkan maka anak kecil itu belajar agama Islam itu sendiri di dalam kelas agama... Dia mula mengenal Islam lebih lanjut melalui pembelajarannya di sekolah...
Namun semakin ia besar melangkah ke alam remaja, Dia semakin memahami erti hidup itu sebenar... Dia tahu dia merupakan orang Islam... namun semakin membesar semakin banyak kesalahan yang telah dilakukannya... Dia cuba memahami kehidupan melalui penglihatannya... banyak yang telah dilihatnya ada yang baik namun banyak juga yang buruk... namun Dia juga tidak lari dari membuat kesalahan seperti kebanyakan manusia lain.. Dia mula sedar akan kesalahan dirinya, muhasabah diri datang melanda jiwanya...
Dia sedar bahawa dia orang Islam... namun adakah kelakuannya seperti orang Islam... selama ini Dia mempelajari Islam melalui buku teks dan ajaran guru di sekolah... lalu bertanyalah Dia di dalam hatinya "cukupkah apa yang dipelajari...???" fahamkah Dia akan Islam yang sebenar... melalui pengamatannya ramai orang mengatakan dirinya Islam namun kelakuannya bertentangan dengan Islam... Dia cuma faham bahawa Islam itu agama yang suci, syumul dan mulia... Dia bertanya kepada diri " Sekiranya orang bertanya mengapa engkau memeluk Islam??" lalu jawapan yang terlintas di fikirannya ialah kerana ibubapa Islam maka Dia pun Islam... maka sedarlah Dia selama ini dia tidak benar-benar memahami dan mencintai Islam itu sendiri...
Maka bermulalah pencariannya mengenai Islam... Dia sedar agama Islam selama ini padanya hanya sekadar nama... adakah ibadahnnya selama ikhlas kerana Allah...??? atau Islam itu menjadi adat yang perlu dipatuhinya... adakah ikhlas solatnnya selama ini...??? atau sebab takutkan ayah dan ibu akan menghukum jika tidak solat... Dia berasa marah kenapa tiada siapa yang memberi tunjuk ajar mengenai Islam selama ini... salah ibukah??? ayahkah??? gurukah??? atau salah diri sendiri selama ini buta terhadap Islam itu sendiri...
Adakah sudah terlambat untuk Dia memahami Islam itu semula... ikhlaskah selama ini dia mengaji sedangkan Dia langsung tidak memahami maksud ayat-ayat tersebut... Dia melihat kawan-kawannya... mereka juga seperti sesat... adakah kawan-kawanku itu benar-benar Islam... lalu Dia bertanya kepada sahabatnya "Mengapakah kau di sekolah menutup aurat sedangkan di luar kau menayangkan auratmu???" berkata sahabatnya " Ala, mak suruh pakai tudung pergi sekolah laa, lagipun buat aperr aku pakai kalau hati aku tidak ikhlas lagipun minah-minah tudung pun aderr je buat jahat mengumpatlah"... lalu Dia teringat Dia pernah terbaca dalam buku teks agama, bahawa perempuan tidak menutup aurat akan digantungkan rambutnya dan otaknya menggelegak... lalu bertanyanya di dalam hati "Mengapa kawanku mengatakan dirinya Islam sedangkan dia membiarkan auratnya terdedah...??? fahamkah kawanku itu sebenarnya Islam, mengapa perlu dia membandingkan diri dengan orang lain tentang Islam...???"
Lalu Dia membeli sebuah naskah Al-quran yang mempunyai terjemahan, bukannya Dia tidak mempunyai Al-quran namun kerana Dia ingin memahaminya... lalu dibacanya terjemahan Al-quran itu lalu menitis air matanya kerana sedar akan makna-maknanya... meskipun Dia tidak memahami Islam itu sendiri... kini Dia sedar Dia perlu mencari makna Islam itu sendiri sebagai orang Islam... takkan Dia mahu meneruskan hidup tanpa memahami atau ikhlas terhadap setiap tindakan yang dilakukannya... Dia seperti hipokrit sekiranya memiliki Islam hanya pada sekadar nama... Dia pernah tertekan akan dunia sehingga mahu meninggalkan segalanya di dunia ini... lalu apabila dia menyebut kalimah "ALLAH" hatinya tersentuh lalu menangislah Dia sendirian... Dia sedar Allah memberinya kehidupan dan hanya Allah berhak mengambilnya.. hanya satu doa yang sering dititipkannya kepada Allah " Wahai tuhanku berikanlah diriku kehidupan ini sekiranya ianya miliku namun matikanlah diri ini sekiranya kematian itu lebih baik buat diriku"... Dia cuma ingin hidup berlandaskan agama Islam yang luhur... Dia berharap Nabi Muhamad SAW masih hidup untuk membimbingnya mengenai Islam... sesungguhnnya Dia masih mencari Islam itu sendiri... namun apakah erti Islam itu sendiri pada anda...??? adakah anda benar-benar memahaminya...??? benarkah anda seorang Islam...??? ISLAMKAH ANDA...???
No comments:
Post a Comment