Biarkanlah aku menangis... terasa banyak sungguh beban diri ini, tidak terpikul sudah rasanya... "Dunia ini cuma sementara" inilah ayat yang dilemparkan oleh semua manusia... pada aku walaupun cuma sementara tapi aku rasa macam dah hidup bertahun lamanya... Selama aku hidup bertahun-tahun lamanya, aku tidak faham apa itu erti hidup sampailah sekarang ni...
Bila direnung kembali perjalanan hidup ini, banyak kesalahan telah aku lakukan... jalan yang aku pilih selama ini salah... Nak berubah?.. tapi mampukah diri ini... setiap kali nak berubah mesti kembali semula pada jalan yang sama... Syaitan dan nafsu dalam diri sukar dikawal.. membuatkan aku kembali ke tempat yang lama...
Bila sudah kembali jalan yang lama... hanya menangis yang mampu aku lakukan... sehingga kering air mata ini.. sehingga penat diri ini menangis lantas aku tertidur.. Namun bila aku buka mata keesokan hari.. masalah aku masih bersama... kekadang aku terfikir apakah memang takdir aku sebegini?.. ini memang telah ditakdirkan untuk aku...
Bila orang lihat aku, semua menyangkakan aku menikmati kehidupan ini sebaiknya.. tapi siapa yang memahami aku?. Apa yang aku mahukan selama ini dalam hidup pernah orang fikirkan... aku cuma mengikut arus kehidupan.. lalui semua fasa kehidupan macam orang lain.. tapi satu perkara, aku bukan macam orang lain.. Aku adalah Aku.. cuma aku sahaja yang tahu semua pahit yang aku hadapi...
Bagaimana nak berubah?. aku pun tak tahu... tapi yang jelas aku masih yakin pada Allah... setiap yang berlaku pasti ada hikmah... selagi keyakinan aku masih pada Allah... insyallah aku akan cuba hadapi semuanya... namun tangisan aku masih tidak boleh berhenti kerana aku tidak layak ke syurgamu Ya Allah... Biarkanlah aku menangis kerana malu padamu... kerana takut akan seksamu... kerana takut akan nerakamu....
No comments:
Post a Comment